Adakah sakit belakang anda menjadi semakin teruk setiap kali duduk lama, membongkok, atau bersin? Masalah sakit belakang dan slipped disc bukan sahaja menyiksa fizikal, malah boleh mengehadkan pergerakan harian dan menjejaskan emosi anda.
Di Aspire Physiotherapy, kami menawarkan rawatan fisioterapi yang selamat, tidak invasif, dan evidence-based untuk membantu meredakan tekanan tulang belakang serta mengembalikan fungsi tubuh anda.
Tulang belakang kita disokong oleh cakera rawan (intervertebral disc) yang bertindak sebagai penyerap hentakan. Akibat postur salah, angkat berat secara tidak betul, atau penuaan, cakera ini boleh terkeluar (slipped disc) dan menghimpit urat saraf berdekatan.
Antara simptom slipped disc dan sakit belakang kronik termasuk :
Keadaan di mana gel cakera tulang belakang terkeluar dan menekan urat saraf.
Keradangan saraf skiatik yang menyebabkan sakit menjalar dari pinggang hingga ke hujung kaki.
Sakit belakang akibat ketegangan otot, ligamen, atau sendi facet tulang belakang.
Masalah haus dan penuaan pada struktur tulang belakang bahagian pinggang.
Penyempitan saluran tulang belakang yang sering menyerang golongan warga emas.
Program pemulihan intensif selepas menjalani pembedahan tulang belakang.
Rawatan manual khusus untuk meregangkan ruang antara tulang belakang secara lembut, bertujuan mengurangkan tekanan intra-diskal serta membantu menarik semula cakera yang terkeluar daripada saraf.
Teknik regangan khusus untuk melancarkan pergerakan urat saraf yang terhimpit (sciatica), sekaligus mengurangkan simptom kebas, rasa menyucuk, serta kesakitan yang menjalar ke kaki.
Program senaman berstruktur untuk menguatkan otot teras (core muscles) dan otot belakang, yang berfungsi sebagai bengkut semula jadi bagi menyokong struktur tulang belakang anda.
Kami menilai dan membetulkan corak pergerakan harian anda seperti teknik membongkok, mengangkat barang berat, serta cara bangun dari duduk bagi mengelakkan tekanan berulang pada disk.
Latihan fungsian progresif untuk membina semula keyakinan fizikal anda, memastikan anda boleh kembali bekerja, bersukan, dan melakukan aktiviti harian dengan selamat tanpa risiko kecederaan semula.