Lepaskan Ketegangan, Kembalikan Keselesaan Pergerakan Hulu Badan.
Adakah anda kerap berasa lenguh di pangkal leher, belikat tegang, atau sakit bahu yang menyucuk selepas seharian menghadap komputer? Masalah sakit leher dan bahu adalah antara isu musculoskeletal yang paling kerap berlaku akibat tabiat moden.
Di Aspire Physiotherapy, kami menyediakan program rawatan berkesan untuk memulihkan mobiliti, mengurangkan ketegangan otot, dan mengembalikan keselesaan hulu badan anda.
Kenapa Anda Mengalami Sakit Leher & Bahu?
Leher dan bahu saling berkait rapat melalui rangkaian otot, urat saraf, dan sendi. Tekanan berulang pada kawasan ini selalunya berpunca daripada postur kerja yang tidak ergonomik, stres, mahupun kecederaan sukan.
Antara simptom leher dan bahu yang memerlukan pemeriksaan segera :
Rasa lenguh dan tegang yang kronik di kawasan otot trapezius (bahu).
Sakit kepala (tension headache) yang bermula dari bahagian belakang leher.
Rasa kebas, mencucuk, atau lemah yang menjalar turun ke lengan dan jari tangan.
Kesukaran untuk menolehkan kepala atau mengangkat lengan ke atas secara penuh.