Fisioterapi Sebelum & Selepas Pembedahan di Melaka.

Dapatkan rawatan fisioterapi bagi sebelum & selepas pembedahan di Aspire Physiotherapy, Melaka.

Optimumkan Persediaan Fizikal, Percepatkan Fasa Pemulihan Anda.

Adakah anda bakal menjalani pembedahan ortopedik, atau sedang dalam fasa berpantang selepas pembedahan? Ramai yang tidak menyedari bahawa kunci utama kejayaan sesuatu pembedahan bukan sahaja terletak di bilik bedah, malah bergantung kepada proses rehabilitasi yang betul.

Di Aspire Physiotherapy, kami menyediakan program Pre-hab (sebelum) dan Post-hab (selepas) untuk membantu anda kembali kuat, bergerak aktif, dan pulih dengan lebih yakin.

Kepentingan Fisioterapi Sebelum & Selepas Pembedahan.

Menjalani pembedahan adalah satu trauma besar bagi tubuh. Tanpa latihan fisioterapi yang teratur, otot boleh mengecut dengan cepat, sendi menjadi kaku, dan proses penyembuhan mengambil masa yang lebih lama.

Antara faedah utama rawatan pemulihan berstruktur ini :

Membina kekuatan otot sebelum pembedahan (Pre-hab) supaya fasa pemulihan selepasnya menjadi lebih mudah.

Mengurangkan risiko komplikasi selepas pembedahan seperti pembekuan darah atau masalah pernafasan.

Mengawal dan mengurangkan bengkak (edema) serta rasa sakit pada kawasan pembedahan.

Mencegah pembentukan tisu parut (adhesions) yang boleh mengetatkan pergerakan sendi.

Hubungi kami untuk info dan maklumat lanjut rawatan fisioterapi.

Jenis Fisioterapi Pembedahan yang Kami Kendalikan.

Kami bersedia membantu proses pemulihan bagi pelbagai jenis pembedahan ortopedik dan sukan, antaranya :

Total Knee / Hip Replacement (TKR / THR)

Pembedahan penukaran sendi lutut atau pinggul palsu.

ACL / Meniscus Reconstruction

Pembedahan pembaikan ligamen atau rawan lutut akibat kecederaan sukan.

Rotator Cuff / Shoulder Arthroscopy

Pembedahan pada sendi bahu yang tercedera kronik.

Spine Surgery (Discectomy / Laminectomy / Fusion)

Fasa rehabilitasi selepas pembedahan tulang belakang.

Fracture Fixation (ORIF)

Pemulihan fungsian selepas pemasangan implan besi pada tulang yang patah.

Tendinous / Ligamentous Repair

Pembedahan penyambungan semula tendon yang putus (seperti Achilles tendon).

Pendekatan Rawatan Kami di Aspire Physiotherapy.

Kami tidak hanya merawat simptom, tetapi kami fokus kepada punca utama (root cause) kesakitan anda melalui pendekatan personalized treatment plan.

Pre-Surgery Optimization (Pre-hab)

Program latihan sebelum pembedahan untuk meningkatkan kekuatan otot, memelihara mobiliti sendi, serta mendidik anda tentang teknik pergerakan awal yang selamat sejurus selepas keluar dari bilik bedah nanti.

Edema & Pain Management

Fokus awal selepas pembedahan adalah mengawal kesakitan dan bengkak menggunakan modaliti khusus, teknik tinggikan anggota (elevation), serta balutan kompresi yang selamat bagi mempercepatkan penyembuhan tisu luaran.

Scar Tissue & Joint Mobility

Terapi manual dan urutan khusus pada kawasan parut pembedahan (scar mobilization) untuk mengelakkan tisu melekat, di samping senaman lembut bagi mengembalikan kelonggaran pergerakan sendi asal anda.

Progressive Strength & Gait Training

Latihan membina semula kekuatan otot yang mengecut secara beransur-ansur, digabungkan dengan latihan berjalan (gait re-education) menggunakan teknik yang betul untuk mengembalikan corak jalanan semula jadi anda.

Functional Independence & Return

Sesi simulasi aktiviti harian yang disasarkan untuk memastikan anda mampu menguruskan diri sendiri dengan berdikari, seterusnya bersedia untuk kembali bekerja, memandu, atau bersukan tanpa sebarang keraguan.

Lihat Cawangan Aspire Physiotherapy di Melaka.

Menyediakan perkhidmatan fisioterapi moden untuk membantu pemulihan kecederaan, pembedahan dan masalah pergerakan.

Aspire Physiotherapy Tampin

PS 5, Jln Bandar Sebang 2, Bandar Satelit Sebang, 78000 Alor Gajah, Melaka

Aspire Physiotherapy Masjid Tanah

SU 1469-G, Jalan Masjid Tanah Ria Utama, Taman Masjid Tanah Ria, 78300 Masjid Tanah, Melaka