Rawatan Sendi Terseliuh di Melaka.

Dapatkan rawatan fisioterapi bagi sendi terseliuh di Aspire Physiotherapy, Melaka.

Pulih Lebih Cepat, Cegah Kecederaan Berulang.

Terseliuh kaki semasa bersukan atau tersalah langkah ketika berjalan? Kecederaan ligamen atau sendi terseliuh (sprain) bukan sahaja menyakitkan, malah boleh melemahkan kestabilan sendi jika tidak dirawat dengan betul.

Di Aspire Physiotherapy, kami sedia membantu anda melalui proses pemulihan yang selamat untuk mengembalikan kekuatan sendi anda seperti sediakala.

Kenapa Sendi Boleh Terseliuh?

Sendi terseliuh berlaku apabila ligamen iaitu tisu kenyal yang menghubungkan tulang dengan tulang teregang secara berlebihan atau koyak akibat pergerakan mengejut, pusingan drastik, atau impak trauma.

Antara simptom utama kecederaan sprain yang memerlukan perhatian :

Rasa sakit yang tajam secara tiba-tiba pada sendi terjejas.

Bengkak, lebam, dan perubahan warna kulit di sekitar sendi.

Rasa tidak stabil atau sendi terasa longgar (joint instability).

Ketidakupayaan untuk menanggung berat badan atau berpijak.

Hubungi kami untuk info dan maklumat lanjut rawatan fisioterapi.

Pendekatan Rawatan Kami di Aspire Physiotherapy.

Kami tidak hanya merawat simptom, tetapi kami fokus kepada punca utama (root cause) kesakitan anda melalui pendekatan personalized treatment plan.

Acute Phase & Swelling Management

Fokus awal rawatan adalah untuk mengawal keradangan melalui aplikasi khusus, teknik balutan kompresi (compression), serta nasihat pengurusan bengkak bagi mempercepatkan fasa penyembuhan awal ligamen anda.

Joint Mobility & Manual Therapy

Ahli fisioterapi akan melakukan teknik gentle joint mobilization dan rawatan tisu lembut yang bertujuan mengurangkan kejang otot serta mengembalikan kelonggaran pergerakan sendi yang terseliuh.

Targeted Strengthening Exercises

Sesi senaman berstruktur (progressive resisted exercises) yang direka khas untuk membina semula kekuatan otot di sekeliling ligamen yang tercedera bagi menyokong kestabilan sendi anda.

Proprioception & Balance Training

Latihan keseimbangan (balance training) khusus menggunakan peralatan rehabilitasi untuk melatih semula deria saraf sendi anda, sekaligus mengembalikan kestabilan penuh dan keyakinan semasa bergerak.

Sports Return & Prevention Care

Program latihan simulasi pergerakan asal (functional drills) untuk memastikan sendi anda benar-benar bersedia sebelum kembali aktif, di samping teknik pencegahan kecederaan terseliuh berulang.

Lihat Cawangan Aspire Physiotherapy di Melaka.

Menyediakan perkhidmatan fisioterapi moden untuk membantu pemulihan kecederaan, pembedahan dan masalah pergerakan.

Aspire Physiotherapy Tampin

PS 5, Jln Bandar Sebang 2, Bandar Satelit Sebang, 78000 Alor Gajah, Melaka

Aspire Physiotherapy Masjid Tanah

SU 1469-G, Jalan Masjid Tanah Ria Utama, Taman Masjid Tanah Ria, 78300 Masjid Tanah, Melaka