Menghadapi fasa pasca-strok memerlukan kekuatan mental dan fizikal yang tinggi, bukan sahaja buat pesakit malah untuk ahli keluarga terdekat. Kehilangan fungsi motor atau kelumpuhan sebelah badan bukanlah penamat, kerana otak kita mempunyai kebolehan luar biasa untuk belajar semula.
Di Aspire Physiotherapy, kami komited menyediakan program neuro-rehab intensif untuk membantu mangsa strok mengaktifkan semula otot, mengembalikan fungsi pergerakan, dan membina semula keyakinan diri.
Fasa “Golden Period” (6 bulan pertama selepas serangan strok) adalah waktu paling kritikal di mana otak sangat responsif terhadap pemulihan saraf (neuroplasticity). Fisioterapi berterusan amat penting untuk mencegah implikasi kekal.
Faedah utama program rehabilitasi strok kami termasuk :
Pemulihan awal sejurus selepas keadaan perubatan pesakit disahkan stabil oleh doktor.
Latihan berterusan bagi pesakit yang telah lama mengalami strok untuk mengekalkan fungsi sedia ada.
Pemulihan khusus untuk kedua-benar jenis strok (strok sumbatan atau pendarahan).
Fokus rawatan pada bahagian badan yang lumpuh sepenuhnya atau lemah sebelah badan.
Latihan intensif untuk mengembalikan fungsi spesifik pada tangan dan kaki.
Pemeriksaan klinikal terperinci untuk menilai tahap kekuatan motor, tona otot (spasticity scale), keupayaan sensorik, tahap keseimbangan duduk atau berdiri, serta fungsi pergerakan asas bagi menetapkan sasaran pemulihan.
Siri latihan pergerakan berulang yang dirancang khas bagi merangsang otak membina laluan saraf baharu, sekaligus mengajar semula anggota badan yang lemah untuk melakukan pergerakan dengan betul.
Kombinasi terapi manual, teknik regangan pasif, serta kedudukan anggota badan (positioning) yang betul untuk mengurangkan kekejangan otot serta mengelakkan risiko sendi menjadi keras atau bengkok secara kekal.
Program latihan berdiri dan berjalan (gait re-education) secara progresif menggunakan alat bantuan rehabilitasi bagi menguatkan otot kaki, membetulkan corak hayunan langkah, serta mengurangkan risiko pesakit daripada terjatuh.
Latihan intensif berfokuskan aktiviti harian (ADL) seperti cara menyuap makanan, memakai baju, dan mengurus diri secara berdikari bagi memastikan pesakit dapat menjalani kehidupan berkualiti bersama keluarga tercinta.