Adakah anda sering berasa kebas di hujung jari, mengalami kelemahan otot sebelah badan, atau hilang keseimbangan badan semasa berjalan? Masalah berkaitan sistem saraf memerlukan pendekatan yang sangat teliti kerana ia melibatkan pusat kawalan utama tubuh anda.
Di Aspire Physiotherapy, kami menyediakan rawatan neuro-rehabilitasi yang khusus untuk membantu merangsang semula fungsi saraf, meningkatkan kekuatan motor, dan mengembalikan berdikari anda.
Sistem saraf berfungsi menghantar isyarat antara otak dan seluruh anggota badan. Apabila berlaku gangguan akibat kecederaan fizikal, penyakit kronik, atau sekatan aliran darah, fungsi hantaran isyarat ini akan terjejas.
Antara tanda dan simptom masalah saraf yang memerlukan intervensi awal :
Latihan pemulihan intensif untuk mangsa strok bagi mengembalikan fungsi pergerakan badan.
Rawatan stimulasi otot muka bagi mengatasi masalah kelumpuhan otot muka sebelah bahagian.
Gangguan saraf periferi (sering dialami pesakit kencing manis) yang menyebabkan kebas kaki.
Himpitan saraf pada pergelangan tangan yang mengakibatkan jari tangan kebas.
Keradangan akibat urat saraf tersepit di bahagian tulang belakang atau otot pinggul.
Latihan fungsian untuk melambatkan kemerosotan motor dan mengekalkan mobiliti.
Pemeriksaan klinikal terperinci untuk menilai tindak balas refleks saraf, tahap sensitiviti deria rasa, kekuatan otot motor, serta corak kawalan keseimbangan bagi merangka pelan pemulihan spesifik anda.
Penggunaan teknik terapi manual dan modaliti arus elektrik khusus untuk merangsang semula otot yang lemah, membangkitkan isyarat saraf yang pasif, serta mengurangkan masalah kekejangan otot.
Latihan pergerakan berulang (neuro-plasticity exercises) untuk melatih semula otak dan sistem saraf membina laluan isyarat baharu, sekaligus mengembalikan kawalan fungsi anggota badan terjejas.
Program senaman berstruktur menggunakan alat bantuan rehabilitasi untuk menguatkan deria kedudukan tubuh (proprioception), memperbaiki koordinasi langkah berjalan, serta mengurangkan risiko anda terjatuh ketika bergerak.
Latihan pengurusan stimulasi deria bagi mengatasi masalah kebas, digabungkan dengan bimbingan aktiviti harian yang praktikal untuk memastikan anda mampu menguruskan diri secara berdikari dan selamat.