Adakah anda bakal menjalani pembedahan ortopedik, atau sedang dalam fasa berpantang selepas pembedahan? Ramai yang tidak menyedari bahawa kunci utama kejayaan sesuatu pembedahan bukan sahaja terletak di bilik bedah, malah bergantung kepada proses rehabilitasi yang betul.
Di Aspire Physiotherapy, kami menyediakan program Pre-hab (sebelum) dan Post-hab (selepas) untuk membantu anda kembali kuat, bergerak aktif, dan pulih dengan lebih yakin.
Menjalani pembedahan adalah satu trauma besar bagi tubuh. Tanpa latihan fisioterapi yang teratur, otot boleh mengecut dengan cepat, sendi menjadi kaku, dan proses penyembuhan mengambil masa yang lebih lama.
Antara faedah utama rawatan pemulihan berstruktur ini :
Pembedahan penukaran sendi lutut atau pinggul palsu.
Pembedahan pembaikan ligamen atau rawan lutut akibat kecederaan sukan.
Pembedahan pada sendi bahu yang tercedera kronik.
Fasa rehabilitasi selepas pembedahan tulang belakang.
Pemulihan fungsian selepas pemasangan implan besi pada tulang yang patah.
Pembedahan penyambungan semula tendon yang putus (seperti Achilles tendon).
Program latihan sebelum pembedahan untuk meningkatkan kekuatan otot, memelihara mobiliti sendi, serta mendidik anda tentang teknik pergerakan awal yang selamat sejurus selepas keluar dari bilik bedah nanti.
Fokus awal selepas pembedahan adalah mengawal kesakitan dan bengkak menggunakan modaliti khusus, teknik tinggikan anggota (elevation), serta balutan kompresi yang selamat bagi mempercepatkan penyembuhan tisu luaran.
Terapi manual dan urutan khusus pada kawasan parut pembedahan (scar mobilization) untuk mengelakkan tisu melekat, di samping senaman lembut bagi mengembalikan kelonggaran pergerakan sendi asal anda.
Latihan membina semula kekuatan otot yang mengecut secara beransur-ansur, digabungkan dengan latihan berjalan (gait re-education) menggunakan teknik yang betul untuk mengembalikan corak jalanan semula jadi anda.
Sesi simulasi aktiviti harian yang disasarkan untuk memastikan anda mampu menguruskan diri sendiri dengan berdikari, seterusnya bersedia untuk kembali bekerja, memandu, atau bersukan tanpa sebarang keraguan.