Rawatan Slip Disc Dan Sakit Belakang di Melaka.

Dapatkan rawatan fisioterapi bagi sakit slip disc dan sakit belakang di Aspire Physiotherapy, Melaka.

Pulihkan Tulang Belakang, Kembalikan Kebebasan Bergerak Tanpa Rasa Takut.

Adakah sakit belakang anda menjadi semakin teruk setiap kali duduk lama, membongkok, atau bersin? Masalah sakit belakang dan slipped disc bukan sahaja menyiksa fizikal, malah boleh mengehadkan pergerakan harian dan menjejaskan emosi anda.

Di Aspire Physiotherapy, kami menawarkan rawatan fisioterapi yang selamat, tidak invasif, dan evidence-based untuk membantu meredakan tekanan tulang belakang serta mengembalikan fungsi tubuh anda.

Kenapa Anda Mengalami Sakit Belakang & Slipped Disc?

Tulang belakang kita disokong oleh cakera rawan (intervertebral disc) yang bertindak sebagai penyerap hentakan. Akibat postur salah, angkat berat secara tidak betul, atau penuaan, cakera ini boleh terkeluar (slipped disc) dan menghimpit urat saraf berdekatan.

Antara simptom slipped disc dan sakit belakang kronik termasuk :

Sakit yang amat sangat di bahagian pinggang (lower back pain) terutamanya semasa membongkok.

Rasa sakit menyucuk atau seperti terkena renjatan elektrik yang menjalar dari punggung ke kaki (sciatica)

Rasa kebas-kebas, kesemutan, atau sejuk pada bahagian betis dan tapak kaki.

Sakit belakang yang menjadi lebih teruk selepas duduk terlalu lama di atas kerusi atau memandu.

Hubungi kami untuk info dan maklumat lanjut rawatan fisioterapi.

Masalah Tulang Belakang yang Kami Rawat

Pasukan pakar fisioterapi kami berpengalaman luas dalam mengendalikan pelbagai kondisi berkaitan tulang belakang, antaranya :

Slipped Disc (Herniated / Bulging Disc)

Keadaan di mana gel cakera tulang belakang terkeluar dan menekan urat saraf.

Sciatica

Keradangan saraf skiatik yang menyebabkan sakit menjalar dari pinggang hingga ke hujung kaki.

Mechanical Back Pain

Sakit belakang akibat ketegangan otot, ligamen, atau sendi facet tulang belakang.

Lumbar Spondylosis

Masalah haus dan penuaan pada struktur tulang belakang bahagian pinggang.

Spinal Stenosis

Penyempitan saluran tulang belakang yang sering menyerang golongan warga emas.

Post-Discectomy Rehab

Program pemulihan intensif selepas menjalani pembedahan tulang belakang.

Pendekatan Rawatan Kami di Aspire Physiotherapy.

Kami tidak hanya merawat simptom, tetapi kami fokus kepada punca utama (root cause) kesakitan anda melalui pendekatan personalized treatment plan.

Spinal Decompression Techniques

Rawatan manual khusus untuk meregangkan ruang antara tulang belakang secara lembut, bertujuan mengurangkan tekanan intra-diskal serta membantu menarik semula cakera yang terkeluar daripada saraf.

Neural Mobilization & Gliding

Teknik regangan khusus untuk melancarkan pergerakan urat saraf yang terhimpit (sciatica), sekaligus mengurangkan simptom kebas, rasa menyucuk, serta kesakitan yang menjalar ke kaki.

Core & Lumbar Stabilization

Program senaman berstruktur untuk menguatkan otot teras (core muscles) dan otot belakang, yang berfungsi sebagai bengkut semula jadi bagi menyokong struktur tulang belakang anda.

Biomechanical & Movement Correction

Kami menilai dan membetulkan corak pergerakan harian anda seperti teknik membongkok, mengangkat barang berat, serta cara bangun dari duduk bagi mengelakkan tekanan berulang pada disk.

Safe Return to Activity

Latihan fungsian progresif untuk membina semula keyakinan fizikal anda, memastikan anda boleh kembali bekerja, bersukan, dan melakukan aktiviti harian dengan selamat tanpa risiko kecederaan semula.

Lihat Cawangan Aspire Physiotherapy di Melaka.

Menyediakan perkhidmatan fisioterapi moden untuk membantu pemulihan kecederaan, pembedahan dan masalah pergerakan.

Aspire Physiotherapy Tampin

PS 5, Jln Bandar Sebang 2, Bandar Satelit Sebang, 78000 Alor Gajah, Melaka

Aspire Physiotherapy Masjid Tanah

SU 1469-G, Jalan Masjid Tanah Ria Utama, Taman Masjid Tanah Ria, 78300 Masjid Tanah, Melaka