Terseliuh kaki semasa bersukan atau tersalah langkah ketika berjalan? Kecederaan ligamen atau sendi terseliuh (sprain) bukan sahaja menyakitkan, malah boleh melemahkan kestabilan sendi jika tidak dirawat dengan betul.
Di Aspire Physiotherapy, kami sedia membantu anda melalui proses pemulihan yang selamat untuk mengembalikan kekuatan sendi anda seperti sediakala.
Sendi terseliuh berlaku apabila ligamen iaitu tisu kenyal yang menghubungkan tulang dengan tulang teregang secara berlebihan atau koyak akibat pergerakan mengejut, pusingan drastik, atau impak trauma.
Antara simptom utama kecederaan sprain yang memerlukan perhatian :
Fokus awal rawatan adalah untuk mengawal keradangan melalui aplikasi khusus, teknik balutan kompresi (compression), serta nasihat pengurusan bengkak bagi mempercepatkan fasa penyembuhan awal ligamen anda.
Ahli fisioterapi akan melakukan teknik gentle joint mobilization dan rawatan tisu lembut yang bertujuan mengurangkan kejang otot serta mengembalikan kelonggaran pergerakan sendi yang terseliuh.
Sesi senaman berstruktur (progressive resisted exercises) yang direka khas untuk membina semula kekuatan otot di sekeliling ligamen yang tercedera bagi menyokong kestabilan sendi anda.
Latihan keseimbangan (balance training) khusus menggunakan peralatan rehabilitasi untuk melatih semula deria saraf sendi anda, sekaligus mengembalikan kestabilan penuh dan keyakinan semasa bergerak.
Program latihan simulasi pergerakan asal (functional drills) untuk memastikan sendi anda benar-benar bersedia sebelum kembali aktif, di samping teknik pencegahan kecederaan terseliuh berulang.